Wakaf Perigi Eletrik di Kemboja

Wakaf Perigi Eletrik di Kemboja

InfaqSdgr dengan kerjasama Lets' Wakaf menganjurkan program Wakaf Perigi Eletrik di Kemboja. Lets wakaf merupakan sebuah pertubuhan yang telah lama menguruskan Wakaf telaga di Kemboja melihatkan kepada kesukaran mendapatkan sumber air bersih masyarakat di sana.

Alhamdulillah ramai yang membantu dengan mewakafkan perigi di sana cuma yang berbeza kali ini, kami mensasarkan untuk Wakafkan Perigi Eletrik yang lebih memudahkan golongan wanita, orang tua dan kanak-kanak di sana berbanding Perigi dengan pam manual.

Dengarkan Penerangan Program Infaq Perigi Eletrik di Kemboja daripada Wakil InfaqSdgr


Baru-baru ini wakil kami pergi ke Kemboja untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan Dan melihat sendiri keaadaan orang muslim di pendalaman sana sangatlah dhaif sehingga ada rumah yang berlantaikan tanah , dinding pembahagi dalam rumah daripada kain dan berkongsi tandas dengan jiran-jiran. 

InsyaAllah dengan program Wakaf Perigi Eletrik ini, memberi sedikit kemudahan buat mereka dan pahala jariah buat kita selama mana perigi tersebut memberi manfaat buat semua. 




Soal Jawab Kekeliruan Program Infaq Perigi Eletrik di Kemboja



" KELEBIHAN MEWAKAFKAN PERIGI " 

InsyaAllah, wakafkan sumber air bersih ini memberi sangat banyak manfaat bukan sahaja kepada masyarakat di sana , tetapi juga kepada pewakaf, sesuai dengan hadith Rasulullah :

“Ya Rasulullah, ibuku Ummu Saad telah meninggal dunia, apakah amal jariah yang terbaik bagi pihaknya?” Rasulullah SAW menjawab, “Air.” Maka Saad pun membina sebuah perigi dan berkata, ”Inilah untuk ibuku Ummu Saad.”

(Riwayat Abu Daud, an-Nasa’i, ibn Majah dan Ahmad)


“Antara amal jariah yang akan sampai pahalanya kepada seseorang Muslim selepas matinya ialah: Ilmu yang dipelajari dan disebarkan; Anak soleh yang mendoakannya; naskhah al-Quran yang diwakafkannya; masjid yang dibinanya; rumah tumpangan yang dibinanya untuk golongan musafir; kolam air yang dikoreknya; sedekah yang diberi semasa sihatnya. Amal-amal ini akan sampai untuknya selepas dia mati.”

(Riwayat Ibn Majah, dianggap sahih oleh Ibnu Khuzaymah)



" TIDAK AKAN BERKURANG HARTA ORANG YANG BERSEDEKAH " 


Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)




Setiap pembayaran wakaf Perigi akan diberikan resit dan juga sijil penyertaan.  Pihak Kami juga akan update gambar dan video kepada setiap customer selepas perigi tersebut dibina , insyaAllah 2-4 Minggu selepas tuan/puan membuat pembayaran. 



Jika pihak tuan/puan berminat untuk mewakafkan Perigi Eletrik di Kemboja bersama kami , kami menyediakan harga untuk perigi eletrik seperti di bawah untuk memudahkan urusan tuan/puan :

 

10 Bahagian/Nama (1 Unit Perigi) : RM 2500

5 Bahagian/Nama : RM 1300

1 Bahagian/Nama : RM 280



Untuk  Pembayaran Secara Manual / Bank Transfer / CD , Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah : 

Bank : MAYBANK
Nama Akaun :  Saudalgar Holding Sdn Bhd
No Akaun :    564892155624 

 

LAFAZ AKAD WAKALAH (WAKIL)

"Saya (Nama Peserta) bersetuju mewakilkan Saudalgar Holding Sdn. Bhd. melaksanakan wakaf perigi bagi pihak saya dengan bayaran (jumlah harga yang perlu dibayar) untuk (1 bahagian/satu perigi), kerana Allah Taala."


Baca akad ini ketika bayaran dibuat.



Maklumat tambahan:

1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway  Toyyibpay selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada  ANSI SYSTEMS SDN BHD . Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway  Toyyibpay
3. Untuk pembayaran menggunakan DEBIT/CREDIT boleh menggunakan payment gateway STRIPE.




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Wakaf 1 Perigi Eletrik (10 NAMA)
Wakaf Perigi Eletrik (5 NAMA)
Wakaf Perigi Eletrik (1 NAMA)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

Log Masuk atau

BUTIRAN SUMBANGAN

Sila lakukan bayaran berjumlah RM ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda mesti memasukkan emel sdgrinfaq@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
PenamaSaudalgar Holding Sdn Bhd
No. Akaun564892155624
Buka Maybank2u  

PENGESAHAN