Program Infaq Kurma Ajwa di Bulan Ramadhan

Program Infaq Kurma Ajwa di Bulan Ramadhan

Sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi , Yayasan Jamin dengan Kerjasama Saudalgar Holding Sdn.Bhd. , Asrama Anak Yatim dan Asnaf Teratak Che Dah dan juga Kembara Amal Venture ingin mengambil peluang untuk sama-sama kita rebut pahala dengan menganjurkan Program Infaq Kurma Ajwa Ramadhan.


Alhamdulillah tahun ini merupakan tahun ketiga Program Infaq Kurma Ramadhan ini dijalankan, dan mendapat sambutan yang baik pada tahun-tahun yang lepas. Tahun ini sekali lagi kami akan infaqkan Kurma Ajwa daripada Tanah Haram Madinah, iaitu antara Kurma yang terbaik dan mempunyai banyak kelebihan seperti yang disebut dalam Hadith Rasulullah S.A.W.


Kurma yang diinfaqkan ini akan kami hantar kepada Pusat Tahfiz, Madrasah dan Rumah Anak Yatim.



Penerangan mengenai Program Infaq Kurma Ramadhan daripada wakil penganjur




Pelancaran Program Infaq Kurma Ramadhan


Ini antara gambar-gambar penghantaran kurma pada program infaq tahun lepas



Tujuan Program ini diadakan adalah untuk sama-sama kita merebut pahala menjamu orang berbuka puasa di bulan Ramadhan sesuai dengan Hadith Rasulullah S.A.W.


مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا


Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”

(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)



Program Infaq Kurma Ramadhan ini juga adalah usahasama dengan Rumah Anak Yatim Teratak Che Dah yang terletak di Kundang, Selangor.


Sebahagian daripada sumbangan ini turut akan disalurkan kepada Rumah Anak Yatim ini. Secara tidak langsung, infaq tuan/puan turut membantu Teratak Che Dah.


Kami juga telah menyenaraikan lebih 50 Madrasah , Maahad Tahfiz dan Rumah Anak Yatim untuk Diserahkan Kurma Yang diwakafkan ini.



Kenapa Infaq Kurma?

Selain daripada banyak kelebihan dan khasiat kurma itu sendiri, Kurma adalah makanan pertama yang diambil ketika berbuka puasa seperti sunnah Rasulullah S.A.W : 


إِذَا أَفْطَرَ أَحَدُكُمْ فَلْيُفْطِرْ عَلَى تَمْرٍ ، فَإِنَّهُ بَرَكَةٌ ، فَإِنْ لَمْ يَجِدْ تَمْرًا فَالمَاءُ فَإِنَّهُ طَهُورٌ


Jika salah seorang dari kalian berbuka puasa, maka berbukalah dengan kurma kering (tamr), karena hal itu mengandung keberkahan. Jika tidak ada, maka berbukalah dengan air karena air itu mensucikan (HR. Al-Tirmidzi).  



Kurma yang kami infaqkan adalah Kurma Ajwa daripada Tanah Haram Madinah iaitu antara Kurma yang terbaik dan merupakan kegemaran Rasulullah dan mempunyai banyak kelebihan seperti yang disebut dalam Hadith.





" TIDAK AKAN BERKURANG HARTA ORANG YANG BERSEDEKAH " 


Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)


Semoga dengan Program Infaq Kurma Ramadhan ini, kita mendapat pahala dan kelebihan bersedekah dan juga pahala memberi makan orang yang berbuka puasa, InsyaAllah. 





BAGAIMANA INFAQ KURMA BOLEH DILAKUKAN?


Jika pihak tuan/puan berminat untuk menyalurkan sumbangan, kami menyediakan pakej seperti di bawah untuk memudahkan urusan tuan/puan :


WAKAF 50 PELAJAR : RM 1000

WAKAF 25 PELAJAR : RM 500

WAKAF 15 PELAJAR : RM 300

WAKAF 10 PELAJAR : RM 200

WAKAF 5 PELAJAR : RM 100



Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CD, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah : 


Bank : MAYBANK

Nama Akaun : Saudalgar Holding Sdn Bhd

No Akaun :  564892155624 



Maklumat tambahan:


  1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.

2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay

3. Untuk pembayaran menggunakan DEBIT/CREDIT boleh menggunakan payment gateway STRIPE.




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
INFAQ UNTUK 1 MADRASAH
infaq Kurma 100 pelajar
infaq Kurma 50 pelajar
infaq Kurma 25 pelajar
infaq Kurma 15 pelajar
infaq Kurma 5 pelajar
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

Log Masuk atau

BUTIRAN SUMBANGAN

Sila lakukan bayaran berjumlah RM ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda mesti memasukkan emel sdgrinfaq@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
PenamaSaudalgar Holding Sdn Bhd
No. Akaun564892155624
Buka Maybank2u  

PENGESAHAN