Akaun infaqsdgr.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Program Infaq Telekung Raudhah

Program Infaq Telekung Raudhah

Program Infaq Telekung Raudhah ini adalah program infaq atau wakaf telekung yang kami akan hantarkan kepada pelajar perempuan di pusat tahfiz, Madrasah dan juga rumah anak yatim.

Program ini susulan daripada program Infaq Kurma yang dijalankan pada bulan Ramadhan yang lalu. Pihak Kami bertanyakan kepada pihak pengurusan Tahfiz & Rumah anak yatim ini jika ada sebarang keperluan yang diperlukan.

Kebanyakan tahfiz atau rumah anak yatim ini, mereka menyatakan hasrat kalau ada telekung yang diwakafkan kerana kebanyakan daripada mereka menggunakan telekung yang sama sepanjang tahun sehingga sudah luntur.



Kami di Infaqsdgr mengambil inisiatif ini untuk menganjurkan Program Infaq Telekung Raudhah ini setelah mengambil kira keperluan anak anak ini dan juga kelebihan kepada para pewakaf.

Mewakafkan Telekung yang digunakan untuk ibadah solat pasti memberi kelebihan dan ganjaran pahala yang besar. Bayangkan Setiap kali mereka solat menggunakan telekung yang kita wakafkan, pahalanya turut sama mengalir kepada kita yang mewakafkan, InsyaAllah.



" KELEBIHAN MEWAKAFKAN TELEKUNG" 

Semoga Dengan Mewakafkan Telekung ini, kita tergolong dikalangan yang mengajak kepada kebaikan. Seperti hadith : 

Baginda SAW bersabda: "Barang siapa mengajak ke arah kebaikan, ia memperoleh pahala sebagaimana pahala-pahala orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangkan pahala mereka yang mencontohinya itu sedikit pun."

(Riwayat Muslim)




" TIDAK AKAN BERKURANG HARTA ORANG YANG BERSEDEKAH " 


Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)


Setiap pembayaran dan penyertaan Infaq telekung ini, akan diberikan resit dan juga sijil penyertaan.  Pihak Kami juga akan update gambar dan juga lokasi penghantaran kepada setiap pewakaf selepas telekung tersebut dihantar, InsyaAllah.




Jika pihak tuan/puan berminat untuk mewakafkan Telekung bersama kami , kami menyediakan harga pakej ini untuk memudahkan urusan tuan/puan :

 

10 Pelajar : RM 1250

5 Pelajar : RM 625

3 Pelajar : RM 375

2 Pelajar : RM 250

1 Pelajar : RM 129



Untuk  Pembayaran Secara Manual / Bank Transfer / CD , Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah : 

Bank : MAYBANK
Nama Akaun :  Saudalgar Holding Sdn Bhd
No Akaun :    564892155624 

 

LAFAZ AKAD WAKALAH (WAKIL)

"Saya (Nama Peserta) bersetuju mewakilkan Saudalgar Holding Sdn. Bhd. menguruskan infaq telekung bagi pihak saya dengan bayaran (jumlah harga yang perlu dibayar) untuk (1 bahagian/satu telekung), kerana Allah Taala."


Baca akad ini ketika bayaran dibuat.



Maklumat tambahan:

1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway  Toyyibpay selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada  ANSI SYSTEMS SDN BHD . Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway  Toyyibpay
3. Untuk pembayaran menggunakan DEBIT/CREDIT boleh menggunakan payment gateway STRIPE.